Sunday, August 23, 2009











Rasulullah SAW. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.” Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan,

Rasul SAW. berkata, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.”

Rasulullah SAW. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap redha-Nya.”

Kisah benar ini diceritakan sendiri oleh kawan suamiku, ketika suamiku bertanya apa rahsianya memiliki rumah yang banyak sedangkan sumber pendapatannya hanyalah dari seorang. Begini ceritanya..Majid merupakan seorang guru sekolah rendah yang telah berkeluarga. Dia mempunyai lima orang cahaya mata dan seorang isteri yang tidak bekerjaya (surirumahtangga). Pendapatan bulanannya agak terhad kerana dia tidak mempunyai pendapatan lain selain pendapatan sebagai guru bukan siswazah yang hanya RM2300 sebulan. Dia sekeluarga sentiasa berjimat cermat untuk menampung keperluan keluarga setiap bulan. Pendapatannya hanya cukup makan sahaja setelah ditolak ansuran kereta, sewa rumah, bayaran pinjaman dan sebagainya.Majid bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri dan dia menyimpan sedikit dari pendapatannya setiap bulan untuk tujuan tersebut. Setelah bertahun-tahun menyimpan akhirnya wang simpanannya telah mencecah RM5000. Wang tersebut akan digunakan untuk membayar wang muka atau pendahuluan rumah. Dia telah meninjau lokasi rumah yang ingin dibelinya dan telah berazam untuk membeli rumah tersebut.Pak Abu merupakan jiran Majid dan telah mendapat tawaran untuk menunaikan haji oleh pihak Tabung Haji. Pak Abu yang hanya bekerja sendiri ingin menunaikan ibadat haji bersama-sama isterinya. Mereka berasa gembira kerana mendapat tawaran tersebut tetapi mereka juga berasa tidak senang hati kerana wang untuk tambang mengerjakan haji masih berkurangan dan perlu dibayar dengan segera jika mereka ingin menunaikan haji pada tahun itu.Anak-anak Pak Abu telah diberitahu dan mereka juga tidak mempunyai wang sehingga RM5000. Pak Abu berasa sungguh sedih dan berhasrat membatalkan hajatnya untuk menunaikan haji. Hal ini diketahui oleh Majid dan tanpa berfikir panjang, dia telah mengeluarkan kesemua wang simpanannya itu untuk membantu Pak Abu. Hasrat untuk memiliki rumah dipendamkan dan pada pendapatnya, jika ada rezeki lagi dia akan dapat juga membeli rumah yang lain.Wang tersebut diserahkan kepada Pak Abu dan kedua-dua orang tua itu dapat menunaikan ibadah haji pada tahun tersebut dengan gembiranya. Majid dengan ikhlas menyerahkan wang dan tidak mengharapkan Pak Abu menggantikannya semula.Selepas kejadian tersebut, Majid dapat melihat kebesaran Allah kerana dia sentiasa di limpahi dengan rezeki yang tidak putus-putus walaupun tidak melakukan kerja-kerja tambahan kecuali kerja sebagai guru semata-mat. Dia mendapat kenaikan pangkat keDG32 dan pendapatannya turut bertambah.
Dia berupaya mengumpul semula wang untuk membeli rumah dengan cepat dari yang dijangkanya. Rumah pertama dibeli hanya selang setahun daripada pemergian Pak Abu ke Mekah!Rezekinya memang sentiasa bertambah dan sekarang dia sudah mampu membeli rumah untuk kali ke tiga. Rumah pertama dan rumah keduanya akan dijadikan rumah sewa. Itulah berkat keikhlasan hati Majid, Allah mengurniakan kepadanya rumah yang banyak sebagai ganti rumah yang dilepaskan untuk memberi laluan kepada Pak Abu menunaikan haji di Mekah.Ikhlas bererti niat mengharap redha Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Keikhlasan, menyebabkan beramal menjadi nikmat, tidak merasa lelah, dan segala pengorbanan tidak terasa berat. Ikhlas adalah buah dan intisari dari iman. Seorang tidak dianggap beragama dengan benar jika tidak ikhlas.Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162). Surat Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”Fudhail bin Iyadh memahami kata ihsan dalam firman Allah surat Al-Mulk ayat 2 yang berbunyi, “Liyabluwakum ayyukum ahsanu ‘amala, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” dengan makna akhlasahu (yang paling ikhlas) dan ashwabahu (yang paling benar). Katanya, “Sesungguhnya jika amal dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar, maka tidak diterima. Dan jika amal itu benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima. Sehingga, amal itu harus ikhlas dan benar. Ikhlas jika dilakukan kerana Allah Azza wa Jalla dan benar jika dilakukan sesuai sunnah.” Pendapat Fudhail ini disandarkan pada firman Allah swt. di surat Al-Kahfi ayat 110.

Ikhlas dari,AJK Forum Pelajar & Alumni Politeknik Seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment