Sunday, November 15, 2009




Assalamualaikum..
dah lama tak bersua..maklum la bz sikit..dengan anak beranak sakit demam mcm2... hari ni baru lapang sikit n ada mood nak masuk blog ni.. diharap semua kengkawan harap maklum la... si alis anak no 2 kena sakit mulut tgn n kaki tu...mula tu di kepala alis panas sangat..tp badan tak la panas mcm tu...dok ingat demam biasa jer la..tau2 esok..dia mula sakit mulut..risau gak laa..aku ingat pernah doktor KMC bgtau kalau penyakit tu dia sakit mulut lepas tu dia naik bintik2 merah kat tgn n kaki...tengok2 ada..sah la penyakit mulut, tgn, kaki tuuu...ntah mai mana berjangkit ntah..tak jumpa punca...pi check di KMC pada jam 12 tgh mlm... takpa laa..doktor bagi la ubat.. doktor kata kalau tak lega dlm 2 - 3 hari ni..atau nampak bintik2 makin byk pi jumpa doktor semula...risau gak la..dia dok teyak jer..merap....makan apa takmau dah sakit mulut.... kawan2 ada bgtau suh pi klinik DR ADNAN..takpa pi pula klinik Dr. Adnan..doktor bg ubat titik dlm mulut n sapu dlm mulut..n krim sapu utk bintik2 kat kaki n tangan...nampak makin kurang la.alhamdulillah....pd mlm hari ke 3 pi lak ambil air penawar..alhamdulillah keesokkan hari nampak makin kurang n alis boleh makan mcm biasa la...nasib baik la tak der pi berjangkit kat sapa2 plak..kan ramai yg dok di situ abg adam n sepupu dia yg lain la...apapun alhamdulillah..lega..tp penyakit lain lak mai..aduh..mcm2 laa... sakit mata lak menyerang abis 1 family di umah mama kena...takpa laa nak buat guano...dah nak kena sakit...dia plak sakit jenis cepat berjangkit...apit yg sepupu adam yg mula kena...dia pun kena dari pengasuh dia di perumahan uum nu...aku mc byk ari gak la ari tu...kena lega betul2 baru bleh pi ofis... lau tak kawan2 di ofis lak kena tak pasal semua lak kena mc.hehehheh...
semua gambar ni masa alis sakit mulut.waktu ni suh dia buat muka..nasib baik la tengah sakit2 pun dia mau juga buat muka..lau tidak takmau senyum langsung.....

Saturday, September 5, 2009


kasihan...camera rosak..gambar blur pun...masa ni cuti ujung minggu bulan 7 kot..hehhe lupa laaa..sekali sekala...bawa anak2 pi taman permainan kat stadium...sempat lagi berposing kat tepi kolam tu..sambil2 tu dok tengok bunga teratai n telipuk dlm kolam tu...gambar blur..lau tidak boleh u all tengok bunga tu sekali...

pic raya tahun 2006

salam...
bertemu kembali...rasa macam lama tak da news... apapun semua di harap sihat n happy selalu...disamping menjalani ibadah puasa...semoga bersabar dlm menempuhi tiap dugaan....

gambar ni masa raya thn 2006...masa tu anak seorang baru..masih boleh dikatakan slim....hehee...adam pun baru umur setahun lebih kurang laaa....cepat masa berlalu...apapun kami bahagia...

Tuesday, August 25, 2009

ni gambar atok...nama glemer tok nen...sangat baik hati.pasal wang ringgit ni..tak berkira la..membeli kat cucu..rajin sungguh sediakan makanan utk anak menantunya... tu tengok tgh masak nasi goreng... mama lak pandai masak..semua sedap2 belaka...bermacam2 jenis masakan..masakan kampung atau moden... aku akui.sebelum kawen aku hanya tahu masak sambal, gulai ikan, masak pindang, kiranya masak yg biasa2 jer laa.....setelah kawin nii boleh dikatakan aku byk belajar atau intai2 mama dok masak...boleh laaa nak makan...kira sedap la juga..hehhehe puji pi la diri sendiri...sapa lagi nak puji kan dlm niii....hehheee...


gambar sebelah kanan ni...my hubby dgn anakku..ADAM MUKHRIZ n SHAFIQ anak menakan...kira anak adik ipar laa senang... depa sama umur thn 2005...tp beza 6 bulan jer... sekarang dah besar panjang...hehhe dah nak masuk 4 thn dah... mereka membesar bersama bermain bersama bergaduh bersama...maklumlah ramai cucu tok nen ni...kekadang berebut nak dok atas tok semua...kesian tok...dah la kecik jer...n sakit plak.... cucu2 lak semua kecik2 lagi yg jenis tak faham bahasa lagi... ntah la jenuh2... apapun semuanya happy jer... asalkan tok senang hati n jgn susah hati tak lalu makan...yg tu dok risau selalu. dah la awal thn 2009 ari tu mama sakit...mula dgn demam...




MIMPI SEORANG GADIS - MESTI BACA!

Untuk Renungan Bersama.

Bismillahirrahmanir rahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga danv sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minumanv dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA

Monday, August 24, 2009


ERTI GERAK-GERI DALAM SEMBAHYANG
Assalamua'laikumwarahmatullahhiwabarokatuh.....
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.......
1 - *Niat Sembahyang* :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - *Berdiri Betul* :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - *Takbir-ratul Ihram* :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - *Fatihah* :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - *Ruqu'* :Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 -* I'tidal *:Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - *Sujud* :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - *Duduk antara 2 Sujud* :Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - *Duduk antara 2 Sujud (akhir)* :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - *Tahhiyat Akhir* :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir didalam kubur.
11 - *Selawat Nabi* :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - *Salam* :Memelihara kita di dalam kubur.
13 - *Tertib* :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafirtidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th "jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Sunday, August 23, 2009











Rasulullah SAW. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.” Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan,

Rasul SAW. berkata, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.”

Rasulullah SAW. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap redha-Nya.”

Kisah benar ini diceritakan sendiri oleh kawan suamiku, ketika suamiku bertanya apa rahsianya memiliki rumah yang banyak sedangkan sumber pendapatannya hanyalah dari seorang. Begini ceritanya..Majid merupakan seorang guru sekolah rendah yang telah berkeluarga. Dia mempunyai lima orang cahaya mata dan seorang isteri yang tidak bekerjaya (surirumahtangga). Pendapatan bulanannya agak terhad kerana dia tidak mempunyai pendapatan lain selain pendapatan sebagai guru bukan siswazah yang hanya RM2300 sebulan. Dia sekeluarga sentiasa berjimat cermat untuk menampung keperluan keluarga setiap bulan. Pendapatannya hanya cukup makan sahaja setelah ditolak ansuran kereta, sewa rumah, bayaran pinjaman dan sebagainya.Majid bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri dan dia menyimpan sedikit dari pendapatannya setiap bulan untuk tujuan tersebut. Setelah bertahun-tahun menyimpan akhirnya wang simpanannya telah mencecah RM5000. Wang tersebut akan digunakan untuk membayar wang muka atau pendahuluan rumah. Dia telah meninjau lokasi rumah yang ingin dibelinya dan telah berazam untuk membeli rumah tersebut.Pak Abu merupakan jiran Majid dan telah mendapat tawaran untuk menunaikan haji oleh pihak Tabung Haji. Pak Abu yang hanya bekerja sendiri ingin menunaikan ibadat haji bersama-sama isterinya. Mereka berasa gembira kerana mendapat tawaran tersebut tetapi mereka juga berasa tidak senang hati kerana wang untuk tambang mengerjakan haji masih berkurangan dan perlu dibayar dengan segera jika mereka ingin menunaikan haji pada tahun itu.Anak-anak Pak Abu telah diberitahu dan mereka juga tidak mempunyai wang sehingga RM5000. Pak Abu berasa sungguh sedih dan berhasrat membatalkan hajatnya untuk menunaikan haji. Hal ini diketahui oleh Majid dan tanpa berfikir panjang, dia telah mengeluarkan kesemua wang simpanannya itu untuk membantu Pak Abu. Hasrat untuk memiliki rumah dipendamkan dan pada pendapatnya, jika ada rezeki lagi dia akan dapat juga membeli rumah yang lain.Wang tersebut diserahkan kepada Pak Abu dan kedua-dua orang tua itu dapat menunaikan ibadah haji pada tahun tersebut dengan gembiranya. Majid dengan ikhlas menyerahkan wang dan tidak mengharapkan Pak Abu menggantikannya semula.Selepas kejadian tersebut, Majid dapat melihat kebesaran Allah kerana dia sentiasa di limpahi dengan rezeki yang tidak putus-putus walaupun tidak melakukan kerja-kerja tambahan kecuali kerja sebagai guru semata-mat. Dia mendapat kenaikan pangkat keDG32 dan pendapatannya turut bertambah.
Dia berupaya mengumpul semula wang untuk membeli rumah dengan cepat dari yang dijangkanya. Rumah pertama dibeli hanya selang setahun daripada pemergian Pak Abu ke Mekah!Rezekinya memang sentiasa bertambah dan sekarang dia sudah mampu membeli rumah untuk kali ke tiga. Rumah pertama dan rumah keduanya akan dijadikan rumah sewa. Itulah berkat keikhlasan hati Majid, Allah mengurniakan kepadanya rumah yang banyak sebagai ganti rumah yang dilepaskan untuk memberi laluan kepada Pak Abu menunaikan haji di Mekah.Ikhlas bererti niat mengharap redha Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Keikhlasan, menyebabkan beramal menjadi nikmat, tidak merasa lelah, dan segala pengorbanan tidak terasa berat. Ikhlas adalah buah dan intisari dari iman. Seorang tidak dianggap beragama dengan benar jika tidak ikhlas.Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162). Surat Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”Fudhail bin Iyadh memahami kata ihsan dalam firman Allah surat Al-Mulk ayat 2 yang berbunyi, “Liyabluwakum ayyukum ahsanu ‘amala, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” dengan makna akhlasahu (yang paling ikhlas) dan ashwabahu (yang paling benar). Katanya, “Sesungguhnya jika amal dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar, maka tidak diterima. Dan jika amal itu benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima. Sehingga, amal itu harus ikhlas dan benar. Ikhlas jika dilakukan kerana Allah Azza wa Jalla dan benar jika dilakukan sesuai sunnah.” Pendapat Fudhail ini disandarkan pada firman Allah swt. di surat Al-Kahfi ayat 110.

Ikhlas dari,AJK Forum Pelajar & Alumni Politeknik Seluruh Malaysia.
SALAM MARHABAN YA-RAMADHAN…………..

Perkataan yang cantik ALLAH. Lagu yang merdu AZAN. Novel yang menarik AL-QURAN.Senaman yang baik TARAWEH & Diet yang mujarab PUASA. :-).

Jika kesilapan semalam belum terampun...MAAFKANlah.... Jika kesilapan hari ini menyakitkan harap LUPAKANlah... Jika kesilapan esok mendatang JANGANlah dibawa ke akhirat....
Seribu senyuman belum tentu menawan hati ...
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci...
membina persahabatan mengambil masa
meruntuh silaturrahim sekelip mata...

Lupakan segala sengketa, Semoga Ramadhan ini mengeratkan ukhwah sesama kita. Selamat Menyambut Ramadhan .

SEMOGA RAMADHAN YANG BAKAL MENJELMA AKAN LEBIH BERERTI DLM APA JUA AMALAN YANG KITA LAKUKAN..

**** Yaa Allah, jadikan umatmu yang membaca ini menjadi kuat, sabar. sihat, & disayangi banyak orang. Tolong &tingkatkan kehidupannya. Begitupun jika dia melangkah, selamatkan dia' Aminnn.*****

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK...Semoga amalan kita diterima Allah...

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ." Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... "Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Thursday, August 20, 2009

AIR MATA MUTIARA......Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.

"Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air mata, "Tuhan tidak memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun, sehingga Ibu tak dapat menolongmu."

Si ibu terdiam, sejenak, "Aku tahu bahawa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang mampu kau lakukan", kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun melakukan nasihat bondanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit terkadang masih terasa. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.

Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, kukuh berkilat, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.
Moral :

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang luar biasa". Kerana itu dapat dipertegaskan bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa".

Banyak orang yang mundur saat berada di lorong transendental tersebut, kerana mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan sebenarnya yang dapat mereka pilih: menjadi `kerang biasa' yang disantap orang atau menjadi `kerang yang menghasilkan mutiara'. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak mengherankan bila jumlah orang yang berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja'.

Mungkin saat ini kita sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang di sekitar kamu cubalah utk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong tersebut, dan sambil katakan di dalam hatimu..

"Airmataku diperhitungkan Tuhan.. dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara."

~*~ Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan & menunjukkan jalan yg sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dgn kelebihan yg sementara. ~*~

ADAM MUKHRIZ N RC CAR

ADAM MUKHRIZ NIIII...HAI SEMUA... HENSEM DAK ADAM KAT KEDAI KAT SHAHAB PERDANA NI...SEMPAT LAGI TRY TOPI....TP TAK BELI PUN...HEHHEHEHE...SEBELAH KANAN TU RC CAR ABAH ADAM.... ABAH CAT SENDIRI TUU...MERAH MENYALA OOO...CANTIK DAK...SEMUA ABAH BUAT SENDIRI... KALAU SAPA2 NAK SURUH ABAH BUAT TELEFON LA ADAM....

Monday, August 3, 2009

SALING MERINDU




Bersembahyanglah anda sebelum anda disembahyangi......

hubbyku selalu berpesan....Solat itu tiang agama....
solat sehari 5 waktu itu fardhu...iaitu rukun Islam yang pertama.... sama2lah kita menjaga dan saling memperingati sesama Islam....kekadang kita ni alpa dengan kebendaan di dunia...bab solat dan ibadah ni boleh buat sambil lewa jer...sampai kita terlupa tentang akhirat... mulai sekarang kita tanam dan semaikan dijiwa ayat2 cinta pada Al-Quran...Kalamullah.... KEPADA anakanda berdua Adam Mukhriz n Alissa Maisarah...ingatlah bahawa... yg paling penting kita mesti berilmu, baik hati dan hormat pada org tua...itulah RESEPI diri kita disayangi ramai...dan dihormati semua org...mama harap anakanda berdua menjadi anak yg soleh dan solehah...dan menjadi kebanggaan mama n abah....hero n heroin mama n my hubby yg the best....love u all....moga family kita sentiasa disinari cahaya kebahagiaan dan kasih sayang yg kita bina ini kekal bahagia ke akhir hayat..amin....


tAnGaN yAnG mEmBeRi LeBiH bAiK dArI yAnG mEnErImA.....

MeNoLoNg OrAnG JaNgAn HaRaP bAlAsAnNyA........